umm .. ?

Monday, 21 November 2011

Cinta Monyet



Ada satu hari tu, aku berjalan-jalan di Wangsa Walk. Sedang aku mencari barang yang dicari..terpandang seseorang. Memang aku kenal mat minah tu, pernah jumpa semasa zaman sekolah rendah dahulu..

Memori itu mengamit kenangan lalu..

"Salam...ni nak cakap..tak pe la.." gagang telefon diletakkan kembali. Kemas..

Di rumah aku. Kelihatan ayah aku meletakkan kembali gagang telefon setelah mendapat panggilan, yang peliknya, dia tidak tahu siapa yang membuat panggilan itu.. "Pelik, banyak kali dah dapat panggilan camni.." keluh ayahku itu.

Maklum la, zaman dahulu kala, semasa aku di sekolah rendah, tiada handfon seperti pada zaman sekarang. Yang ada hanyalah telefon rumah sahaja, itupun kongsi dengan satu keluarga.

Suatu petang, aku bermain komputer, game yang aku main terpaksa aku rahsia kan..hehe.. tiba-tiba, telefon rumah aku berbunyi, cepat aku mengangkatnya.. mudah untuk aku capai kerana telefon rumah ku hanya bersebelahan dengan komputer..

"Salam..nak cakap dengan Aiman boleh..? "suara lembut seorang gadis.

Njawapan aku, "memang Aiman tak kisah, dah ada kat sini pun.." fuh, bukan main lagi.. tapi suara itu tak pernah aku kenali siapa pemiliknya...

"Saya sama sekolah dengan Aiman, di sekolah rendah bestari.." jujur gadis itu berbicara.. "Dah kenal lama dengan Aiman dan sentiasa perhatikan.."

Aku jawab lagi, kali ini..aku benar tidak tahu siapa tapi yang pastinya, suaranya sungguh lembut.. Nafsu lelaki ku mula naik. "Oh, yeke..tak tahu pulak, dan tak pernah tahu sape nih, awak la yang selalu calling rumah saya tu..?"

Akhirnya aku larut berbual dengan si Dia. Yang pasti, dia kenal aku, tapi aku tak pernah bersua muka dengan nya, yang hanya tahu, suara merdu lembut si Dia.. Hati ku mudah patah dengan layanan selembut itu. Dan aku layan hanya kerana tuntutan si gadis suara lembut..memang aku tak nafikan semua gadis di dunia ni suaranya lembut..kalau ada yang garau, pasti sikit.

Lamunan tu berkecai.. dan sekarang aku masih di Wangsa Walk, memerhatikan si Dia makan di restoran Popeye.. aku memang kenal dia saat ini. Sebab aku cari dia sampai dapat setelah peristiwa zaman sekolah rendah itu.. Orang panggil Cinta MonyetCinta yang hanya sekadar sekolah rendah..kerana cinta yang tidak kemana..hehe..

Pesan aku: kepada budak-budak kecik sekolah rendah, jangan duk merasa diri tu dah cukup besar. Cinta monyet di sekolah tidak mendatangkan apa-apa faedah melainkan kesal semasa mengambil UPSR..

No comments: